Tuesday, December 23, 2008

Beli online ke? Confident?

Salam sejahtera ..

Siapa di sini yang pernah membeli barang secara online? Dan siapa di sini yang tidak pernah membeli barang secara online? Angkat tangan saya ingin kira :)

Dari pengalaman, saya pernah membeli telefon bimbit dan e-book menggunakan internet iaitu secara online. Prosesnya memang cepat dan mudah.

Tetapi awas, pastikan anda mengetahui secara lanjut produk yang ingin dibeli agar tidak mudah tertipu. Dunia internet sama juga halnya dengan dunia nyata. Kebanyakan barangan/produk hanyalah indah khabar dari rupa dan paling teruk kita ditipu oleh peniaga.

online.jpgKes penipuan melalui internet yang dilaporkan kepada Siber Malaysia (CyberSecurity Malaysia) tahun lalu (2007) meningkat 26 peratus kepada 364 kes berbanding 287 kes yang dicatatkan pada 2006. Rakyat Malaysia rasanya sudah lali dengan penipuan di Internet tetapi setiap masa ada sahaja yang tertipu. Kenapa ya??

Terdapat juga laman web yang menyediakan perkhidmatan menjual barang yang sah dan selamat. Lelong.com.my dan eBay.com.my adalah antara contoh paling popular di Malaysia. Banyak barang dijual di sana, taip dan pilih sahaja yang mana berkenan di hati. Paling penting dalam pembelian online adalah barang yang dibeli sampai pada waktunya dan dalam keadaan seperti yang dijanjikan. Jangan beli handphone baru dapat second hand. Menangis saya kalau macam tu :)

Apa tindakan anda jika anda tidak menerima barangan yang dibeli. Ini cadangan saya:

  1. Hubungi penjual dengan segera dan maklumkan perkara tersebut sama ada telefon, SMS, email dan sebagainya.
  2. Jika anda rasa telah ditipu laporkan kepada pihak berkuasa.

Ada cadangan lain??

sumber bacaan: www.sim.org.my

1 comments:

Matematik Tambahan said...

Assalamualaikum..yang ni..mmg tak tipu punye..
bulan lepas saya dapat seribu lebih..bonus dari bisnes ceramic,dan yang paling best modal dan untung dapat 24jam..suma cikgu mampu untuk jalankan bisnes yang mudah dan selamat ni..hubungi saya di 0176278509@ym kazuma_haikal@yahoo.com

cikgu eida jgn lepaskan peluang ni..

by TemplatesForYou-TFY
SoSuechtig, Burajiru
Distributed by Free Blogger Templates