"Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar."
Monday, September 7, 2009
MAKANAN KITA..
"Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar."
Posted by kehidupan yang bakal cikgu lalui.. at 9:03 PM 0 comments
Thursday, August 27, 2009
Batal Puasa? (jom bace kalu bosan..)
Mengingatkan mana yang lupa atau buat2 lupa dlm bulan ramadhan nie. Antara perkara yang membatalkan puasa:
1. Makan dan Minum Dengan Sengaja
Allah Subhabahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan makan serta minumlah sehingga terang bagimu benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga (datangnya) malam.” (al-Baqarah, 2: 187)
Dengan demikian, dapat difahami bahawa puasa itu adalah menahan diri dari makan dan minum. Ini kerana sekiranya orang berpuasa sengaja makan dan minum bererti ia telah berbuka (tidak berpuasa). Jika orang yang sedang berpuasa melakukannya atas sebab lupa, salah atau dipaksa, maka ianya tidak membatalkan puasanya. Perkara ini adalah berdasarkan dalil-dalil sebagaimana berikut:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Jika seseorang itu terlupa sehingga dia makan dan minum, hendaklah dia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/135) dan Muslim (1155))
“Sesungguhnya Allah memberi maaf kepada umatku kerana salah atau lupa dan kerana dipaksa.” (Hadis Riwayat at-Thahawi di dalam Syarhu Ma’anil Atsar (2/56), al-Hakim (2/198) Ibnu Hazm di dalam al-Ihkam (5/149) ad-Daruquthni (4/171) melalui dua jalan dari al-Auza’i, dari ‘Atha’ bin Abi Rabah, dari Ubaid bin ‘Umair, dari Ibnu ‘Abbas)
2. Muntah Dengan Sengaja
Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa atau tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk meng-qadha puasanya, dan barangsiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqadhakan puasanya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud (3/310), at-Tirmidzi (3/79), Ibnu Majah (1/536) Ahmad (2/498) melalui jalan Hisyam bin Hassan, dari Muhammad bin Siren, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Sanadnya sahih, sebagaimana yang disampaikan oleh Syaikhul Islam di dalam kitab Haqiiqatush Shiyaam, m/s. 14))
3. Haidh dan Nifas
Jika seseorang wanita haidh atau nifas, pada suatu bahagian siang tertentu (di bulan Ramadhan), sama ada di awal atau pun di akhir waktu, maka mereka harus berbuka dan mengqadhakannya. Jika mereka tetap berpuasa, maka puasa tidaklah sah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Bukankah jika haid dia tidak solat dan puasa?” Kami katakan, “Ya.” Beliau berkata, “Demikianlah kekurangan agamanya.”
Dalam riwayat lain disebutkan:
“Beberapa malam dia diam tidak mengerjakan solat dan tidak juga berpuasa pada bulan Ramadhan. Jadi, inilah kekurangan agamanya.” (Hadis Riwayat Muslim (79) dan (80) dari Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)
Perintah mengqadhakan puasa juga terdapat di dalam riwayat Mu’adzah, dia berkata:
“Aku pernah bertanya kepada ‘Aisyah, “Mengapa orang haid mengqadha puasa tetapi tidak meng-qadha solat?” ‘Aisyah berkata, “Apakah engkau wanita Haruri” (Haruri dinisbahkan kepada Harura’ (iaitu) negeri yang jaraknya 2 batu dari Kufah. Mereka yang memiliki sikap membantah dinisbahkan kepada kelompok tersebut (kelompok khawarij)) Aku menjawab, “Aku bukan Haruri, tetapi hanya (sekadar) bertanya.” ‘Aisyah berkata, “Kami pun haid ketika puasa, tetapi kami hanya diperintahkan untuk mengqadha puasa, tidak diperintahkan untuk mengqadha solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/429) dan Muslim (335))
4. Suntikan Yang Mengandung Makanan
Iaitu menyalurkan zat makanan ke perut dengan maksud memberi makanan bagi orang yang sakit. Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan makanan kepada orang yang sedang berpuasa. Adapun jika suntikan tersebut tidak sampai kepada perut tetapi hanya ke darah, maka inipun juga membatalkan puasa, kerana kandungan cecair tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan makanan dan minuman.
Kebanyakan orang yang pengsan dalam jangka waktu yang lama diberikan makanan dengan cara seperti ini, seperti jauluz (glukosa) dan salayin (garam/Sodium), demikian pula zat-zat yang diberikan kepada sebahagian orang-orang yang sakit asma, maka inipun membatalkan puasa.
5. Jima’ (Bersetubuh)
Imam asy-Syaukani berkata (Dararil Mudhiyyah (2/22)): “Jima’ dengan sengaja, tidak ada ikhtilaf (perbezaan pendapat) padanya bahawa perkara tersebut membatalkan puasa, adapun jika jima’ tersebut terjadi kerana lupa, maka sebagian ulama menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum dengan tidak sengaja.”
Ibnul Qayyim berkata (Zaadul Ma’ad (2/66)), “al-Qur-an menunjukkan bahawa jima’ membatalkan puasa sebagaimana halnya makan dan minum, tidak ada perbezaan pendapat dalam perkara ini.”
Dalilnya adalah firman Allah:
“Sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untuk kalian.” (al-Baqarah, 2: 187)
Diizinkan bergaul (dengan isterinya) di malam hari, maka dapat kita fahami bahawa puasa itu dari makan, minum dan jima’. Barangsiapa yang membatalkan puasanya dengan jima’, maka dia harus mengqadhanya dan membayar kafarat. Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, (dia berkata):
“Pernah datang seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kemudian berkata, “Ya Rasulullah, binasalah aku!” Rasulullah bertanya, “Apakah yang membuatmu binasa?” Orang itu menjawab, “Aku menjima’i isteriku di bulan Ramadhan.” Rasulullah bersabda, “Apakah kamu mampu memerdekakan seorang budak?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Apakah engkau mampu memberi makan enam puluh orang miskin?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Duduklah.” Dia pun duduk. Kemudian ada yang mengirimkan (membawakan) satu wadah kurma kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Rasulullah bersabda, “Bersedekahlah dengan kurma ini.” Orang itu berkata “Tidak ada di antara dua kampung ini keluarga yang lebih miskin dari kami.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun tertawa hingga terlihat gigi serinya, lalu beliau bersabda, “Ambillah, berilah makan kepada keluargamu.” (Hadis sahih dengan berbagai lafadz yang berbeza dari al-Bukhari (11/516), Muslim (1111), at-Tirmidzi (724), al-Baghawi (6/288), Abu Dawud (2390) ad-Darimi (2/11), Ibnu majah (1671) Ibnu Abi Syaibah (2/183-184) Ibnu Khuzaimah (3/216) Ibnul Jarud (139) asy-Syafi’i (299) Malik (1/297) dan Abdur Razzaq (4/196). Sebahagian mereka memursalkannya dan sebahagian yang lainnya menyambungkannya. Lihat juga di dalam Fathul Bari oleh al-Hafiz Ibnu Hajar (11/516))
7. Bersalin
8. Mabuk atau pengsan sepanjang hari

Nota 1: Sumber: http://fiqhmedic.wordpress.com . http://fiqh-sunnah.blogspot.com. Info ramadhan Al-azim.com
Posted by kehidupan yang bakal cikgu lalui.. at 11:22 PM 0 comments
Tuesday, August 25, 2009
Sembahyang Terawih
Fadhilat Sembahyang Terawih
Malam 1 :
keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 :
diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 :
berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 :
memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 :
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 :
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 :
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 :
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 :
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 :
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 :
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 :
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 :
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 :
datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 :
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 :
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 :
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 :
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 :
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 :
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 :
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 :
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 :
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 :
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 :
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 :
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 :
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 :
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 :
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 :
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.”
Sumber : nmjnh.wordpress.com
Posted by kehidupan yang bakal cikgu lalui.. at 8:55 PM 0 comments
Sunday, August 23, 2009
salam ramadhan..
salam semua..
first sekali thank kiu coz tak pernah jemu 'bukak' blog nih..pastu, selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia, moga kita semua dirahmati Allah SWT hari ni dan akan datang..
lame xupdate citer coz busy..busy..busy..tired..tired..males..males..dan sebagainya..
aperpon, syok tengok korang sume update citer terbaru korang, ade yg takde blog pon dah ade dah, banyak gamba yg dionlinekan...sume tu la yg buat saya bersemangat nak kekalkan blog nih.. :)
anyway, bawah ni adela gambar terbaru kite ..kot-kot la ade yg rindu sangat nak tengok..
lain-lain cerita takde ape yg menarik, selain baby dalam perut makin kuat main (menendang)..dan jugak bakal umi(kitela tu) yang xpernah jemu membulatkan badan.. ;) until next storey...daa-daa..
Posted by kehidupan yang bakal cikgu lalui.. at 10:48 PM 0 comments
Tuesday, June 2, 2009
2nd Anniversary..
tanggal 27 mei lepas kitorang celebrate ulangtahun perkahwinan kitorang yg ke-2..alhamdulillah..dah banyak yg kami tempuh setakat ni..tahun lepas sambut berdua..tahun ni spesel sket, pasal tambah lagi sorang..hehe.. kitorang pegi Hotel Saujana yang lebih kurang 40 minit dari rumah. Tempatnye okla...gelap sket kot sesuaila nak romantik-romantik..hehe..hubby yg pilih tpt kali ni..apepon..besh lagi tahun lepas.. adele sket gamba yg ditangkap utk view kekawan sekalian.. doakan perkahwinan kami ke akhir hayat dan bahagia selalu..
Posted by kehidupan yang bakal cikgu lalui.. at 1:15 AM 1 comments
Wednesday, May 13, 2009
hujan dan astro..
lame xberciter dalam blog..
selalu balik sekolah ade jer perkara yang nak dibuat@tido..@tgk tv..ntah kali ni pasal pe astro buat perangai.. (maklum hujan)..ade mood pulak nak update blog. Lagipon kan dah lame xhujan lebat...panas memanjang, tu yg rase sentimental sket..
kisah yg nak distorykan biase jer la..Sekarang ni tgh busy sebenarnyer persiapan peperiksaan tgh tahun, kene tgk blog unit sekolah pun salah satu sebab busy..pendek citer seme yang bekerja selagi belum tutup mate mmg busy..
dahla busy ngan keje, busy jugak mase balik dan pegi keje tu..kadang nyaris libas 'dak rempit' yang main masuk ikot dan je, kadang tu pulak bas/lori rase diorang bawak bende besar dah tak tau agaknyer macamner rase org yg bawak bende kecik, tapi xperla, masing-masing mungkin ade masalah sendiri.
Kucing 2 ekor kat lua tu tah ape citernyer..dulu kalau lik sekolah ade jugak bunyi2 manje..skarang senyap sunyi jer..hehe..mungkin tunjuk perasaan pasal lame berkurung dalam "penjara besi..".....ape nakbuat..hanya mampu melihat tunjuk perasaan mereka..
last but not least..baby dalam perut dah pun mencapai usia 16 minggu..seronoknyer menghitung hari, hubby hari-hari cakap ngan baby die, dah siap panggil name lagi..nak dimarah kang dah tua..biarlah..diri sendiri dah rase letih dan payah yang amat sgt bile banyak bergerak. Kulit jadi gatal2, tido xpernah cukup..makan cepat kenyang (nasib baikla)....yang paling teruk masak kat rumah pun dah kadang-kadang sgt, tak selera rasenyer makan masakan sendiri...kalau mintak hubby masak...hmm..okla..
takat ni jer kot..kalau ade panduan @nasihat tentang penjagaan diri bakal ibu boleyla kongsi..
layan la lagu kat bawah nie...sejuk sket hati..
Posted by kehidupan yang bakal cikgu lalui.. at 12:00 AM 1 comments
Wednesday, April 1, 2009
lesu
empat lima hari ni lesu sungguh badan, berat naik lagi...pening kepala, workload pon makin banyak akan2 datang..sian gak tengok hubby lik keje kene ceduk nasik sendiri..gosok baju sendiri..kadang tu baju kite pon die gosokkan..
kalu ikot hati nak je mintak cuti tanpa gaji beberapa bulan..beberapa tahun ke...kan, sampai jemulah duk rumah.. :P boleh??
semalam dengar lagu ni mase drive gi keje..layan jer...
RUNAWAY TRAIN
Call you up in the middle of the night
Like a firefly without a light
You were there like a slow torch burning
I was a key that could use a little turning
So tired that I couldn't even sleep
So many secrets I couldn't keep
Promised myself I wouldn't weep
One more promise I couldn't keep
It seems no one can help me now
I'm in too deep
There's no way out
This time I have really led myself astray
CHORUS
Runaway train never going back
Wrong way on a one way track
Seems like I should be getting somewhere
Somehow I'm neither here no there
Can you help me remember how to smile
Make it somehow all seem worthwhile
How on earth did I get so jaded
Life's mystery seems so faded
I can go where no one else can go
I know what no one else knows
Here I am just drownin' in the rain
With a ticket for a runaway train
Everything is cut and dry
Day and night, earth and sky
Somehow I just don't believe it
CHORUS
Bought a ticket for a runaway train
Like a madman laughin' at the rain
Little out of touch, little insane
Just easier than dealing with the pain
Runaway train never comin' back
Runaway train tearin' up the track
Runaway train burnin' in my veins
Runaway but it always seems the same
Soul Asylum
Posted by kehidupan yang bakal cikgu lalui.. at 7:23 AM 2 comments





