Thursday, November 13, 2008

Ibu dan anak..

Bonda..ibu..mak..mama..umi..mummy..

Semalam tengok filem arab, kisah pengorbanan seorang anak terhadap ibunya. Macam-macam perasaan, ada sedih, geram, sakit hati, suka..yang paling banyak sedih dan sayu..tapi apalah sangat pengorbanan si anak kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan si emak..

kadang tu bila fikir balik, emak bertarung nyawa untuk menyempurnakan kehidupan seorang anak dari janin sampai bulan ke-sembilan dalam perut..tapi macam mana kalau bermula si-anak berumur 1 bulan setelah dilahirkan sehingga umurnya 15 tahun bertarung dengan nyawanya dan bersusah payah demi menyempurnakan kehidupan ibunya...masihkah manusia biasa seperti kita mengatakan pengorbanan si-ibu adalah terlalu suci berbanding si-anak?? Manusia saling memerlukan, perhubungan anak dan ibu seharusnya saling melengkapi, dan bersyukur ke-atas pemberianNya..sesungguhnya tuhan maha mengetahui..

Kelahiran

AnNur menyuluh
Seluruh alam Semesta
Terangnya amat menyilaukan
pancaindera

Hanya Ibunda
Sentiasa memuja
Ikhlas dr lubuk hatiku
puspawarna

Bertahun dah berlalu
Tinggalkan rasa pilu
Amat Sukar Disembuh lagi
Menjadikan sayup

Kelahiran
Bagiku Istimewa
Ku Bersyukur padamu
Bonda……….

Kekusutan
Akan Ku Hadapi
Kerna Berjauhan darimu
Telah sekian lama

Adi Putra

0 comments:

by TemplatesForYou-TFY
SoSuechtig, Burajiru
Distributed by Free Blogger Templates