Friday, January 30, 2009

Second TAG..

Dear kyang..

What were you doing 5 years ago?
Kerja di Celcom..sambil mengorat pakwe-pakwe kat sane..

What were the 5 things on your to do list today?
Buat kerja sekolah yang pending, pegi dating ngan hubby kat putrajaya, tengok cd citer korea,mandikan kucing, update blog..

What are the snacks that you enjoy?
chocolate, twisties, jeruk anggur basah, kentang goreng, mamee, mamee, mamee..mamee, blabla,blabla..

What are 5 things that you do if you were bilionaire
1) Bayar hutang bagi habis
2) Beli 4 buah rumah semi-d
3) Beli BMW 7-Series utk hubby
4) Shopping baju ngan kasut banyak-banyak
5) Lain-lain..

What 5 jobs you've had
Executive cabuk x4..pastu skang cikgu..

Who are 5 person you want to tag?
Jue, Abg..aku United, anak perak, adik pujangga, kakjinahdanish..

Thursday, January 29, 2009

First Tag..

Memang malas sket nak jawab TAG nih sebenornyer..tapi xperla, kang kene boikot pulak, so...TAG ni dijawab untuk 2 pihak sekaligus..kyang dan cik juhaida..

First TAG

The rules of this award are:-
1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda









2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda

Juhaida
/ kyang(dahliana-damia):

Cik Juhaida cute, berkenalan dengan cik ju mase keje kat Celcom..kenang balik mase tu punyerla banyak sweet memory yg berlaku, especially between me and "her"..sekrang die keje kat p.pinang, bawak hati..nak cari pakwe yang muka mcm shahrukh khan katenyer..(jgn mara yer ju..)


Kakyang@dahliana, my dear sister, caring, loving, sweet dan pemalu..ade anak sorang, pegawai di Telekom M Bhd..thanks for tagging, and sorry sebab lambat reply..

3.Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya.

1st:
Saya org biase yang hidup seperti biase, berkelakuan seperti biase, makan ape yang biase sajer..

2nd:
suke citer drama korea dan suka makan (apa saja yang halal)

Lepas tu:
Bile mengadap pc susah nak berhenti, bukak pc kul 9pg,sedar-sedar dah pukul 3.50ptg, melainkan ade yg tegur, atau teringat ade keje lain nak kene buat baru sedar..

4th:
Kalau ade cuti yang panjang tu kalau boleh nak jugak pegi bercuti ke tempat yg jauh, mcm PD ke, Genting ke, lgkawi ke..(hubby selalu geleng kepale pasal nih)

Lepas tu:
Suka makan makanan yang org lain masak (makan luar @ org lain yg masakkan)..pasal xtau kenapa cukup jemu makan makanan masak sendiri..(hubby geleng kepale jugak pasal nih)

6th:
Kalau dah start mengemas, xkan berhenti selagi xsiap..sebab tu xrajin sgt mengemas..postpone sampe betul2 lapang..

Lepas tu:
Tak suke cerita seram (bukan takut..xsuke jer..)

8th:
Hari-hari azam nak kuruskan badan..tapi hari-hari makan lebih..

9th:
Selalu harap gembira bila pergi kerja setiap pagi, selalu harap dapat sediakan sarapan yang enak-enak utk hubby, selalu harap student jadi baik dan dgr kate, selalu harap semua org gembira dan ceria bila bersama dengan kite..dan yang paling penting....selalu harap dapat anak secepat mungkin..insyaallah..

Last but not least:
Tak mudah putus asa..

and the award goes to..PUJANGGA

Kisah Iktibar..

Tanah Rahmat

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.
Sejarah Awal

Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka. Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.

Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin). Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.
Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.
Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.
Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.
Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.

Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan - “hari ini, perang salib sudah berakhir”.

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,

“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”

“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”

“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.

Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.
Kejatuhan Turki Uthmaniyyah.

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti - sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu - “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”

Lord Curzon menjawab - “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam.

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan.

3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.
Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.

Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.
Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama - Chaim Weizmann.
Palestin Sekarang

Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 - sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin.

Di mana kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.

Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.

Fikir-fikirkan..

Wednesday, January 28, 2009

blues pagi..

HONDA STREAM..


bangun pagi ni, bukak je mata...start fikir pasal sekolah..dah jadi rutin, memang mcm tu tiap kali bangun tido. Lepas makan fikir nak start buat preparation but, bende lain pulak yang buat, tengok amzng race asia..layan la sampai abis, still, fikir pasal sekolah. Buat ape pon skarang nih asyik fikir bende yg sama, terfikir jugak, agaknya mcam manerla all teacher-teacher yg dah senior tu lalui hidup diorang dengan tenang yer....

bukak blog kakak, die rajin komen dalam blog ni, so kene fairla..ade citer yang menarik, pasal adik beradik yang lain and their journey mase cuti raya cina ri tu, so far, ok and happy to hear about them, ade yg baru beli kereta, ade yang dah jadi kurus..and so on..tapi,(for kyang..pembetulan, i have no intentions to buy a new car at the moment...not even Honda..!) :) ape pon thanks for wishing..

sambung lain kalilaa..

Sunday, January 25, 2009

SMK SS Selangor..2

Sekolah sekarang cuti seminggu tahun baru cina...rehatla sket. Sebelum cuti dah diberi tugasan, kami guru baru dah diberi jadual masing2..rasa lega dan tension, kurang konfiden, pasal kene ajar tingkatan Exam, Sejarah form 3 dan ICT form 5. Risau, totally risau...tapi ade member bagitau, "all should be ok"....lega sketla walaupun kekadang tarik nafas asyik rasa berat je..tau jerla, bende yang tak bape biase, mmgla rasa kekok, just wish all my student cooperate dan cepat faham. Hari jumaat lepas kelam kabut sketla, turun naik cari kelas, cari guru SPBT utk amek buku teks, cari meja kosong utk tempat sendiri dalam bilik guru. Tu pun satu hal jugak, kene sesuaikan diri dengan cikgu2 yang berdekatan dgn meja, tapi harap sume pon okla...pasal yang duduk sebelah tu cikgu sesi petang. Other than that, student ngadu dah ade homework ICT, project individu "TOOLBOOK"....laa...hm, rase mcm penah dgr...tapi...macam kene belajar lagi jek.........hai..ntahla, hopefully sumernyer lancar..Kelab pulak saya kene let go kelab senirama, pasal ditugaskan sebagai guru kelab komputer, dah pening balik coz fikir pasal aktiviti ape yang nak kene buat...

pada sesiapa yang kongsi kisah saya, plz doakan kejayaan saya for next coming weeks..thanks..

Sunday, January 18, 2009

SMK SS Selangor..kisah 1.

salam semua..

nak cerita sikit..Isnin lepas daftar diri sebagai guru tetap di sekolah men. keb. seri serdang. Berdebar gak biler bersuai kenal dengan guru-guru senior dan pihak management sekolah, Hi5 Emoticon boleh kata 80% kakitangan sekolah melayu..dan rasenyer semua kakitangan sekolah baik-baik belaka...kami( yang baru daftar) bertiga, seronok berkawan ngan 2orang cikgu baru ni, sporting dan caring, kalau ade yang tak complete dirang completekan, dan kami saling bantu-membantu, (maklumla baru) kenela bergantung satu sama lain. Selasa sampai sabtu(ganti raya cina) kitorang bantu kerja-kerja pengurusan, utk biasakan diri dengan "persekitaran" sekolah, sambil tu gantikan guru yang tak dapat hadir ke kelas2 tertentu. Takde perasaan ape2 pon melainkan letih lebih sket, lebih lagi masa pantau jualan koperasi (student punyerla ramai) sampai tiga peringkat rehat... Hi5 Emoticon memang respect giler dekat guru dan student yang involve dalam koperasi nih.

Sekolah nih ramainyer student die...sesi pagi dan petang, cume mungkin pagi lebih sketla letihnyerr. Selasa tu kami didatangi guru Ko-K yang mtk kerjasama salah sorang kami utk jadi guru Unit Pengakap, dan sorang antara kami tu jugak minat (nasib baik ade yang minat coz kalu ikotkan hati mmg xminat lansung..hehe) ditambah lagi kalau mase sekolah2 dulu guru tu sendri mmg xder mase utk diri sendiri..Rabu pulak salah sorang kami "join" Kelab Pingpong, (awal2 tahun ni mmg busy rupenyer sekolah nih).

So, dua orang "member" ni dah pon "menjoin"kan diri..next, giliran saya pulak, jumaat pagi tu PK minta "join" satu kelab yang akan buat perjumpaan, bilangan ahlinya agak ramai.....so, tanyalah dekat PK tu apa ye kelabnya?? Kelab SENIRAMA....... Senirama???? ape tu?? Hi5 Emoticon tak pernah dengar...dan pendekkan cerita jumaat ptg joinla kelab nih, rupenyer kelab ni kelab tarian dan lakonan, aderla kene mengena ngan seni2 ni..well.....i dancing lah nampaknyer lepas nih......... tapi xper, kalau nak jadi guru pantau jer dan mengurus boleyla, tapi kalau nak jadi jurulatih tu xderla.

Macam2 mintaknyer student2 kelab nih, mintak competition nyanyianla, lakonan la, tarianla, melayu klasikla..mcm2 lagi, kecut perot cikgu die yang dgr nyer....

so itulah kisah setakat ni,still wish to be success..insyallah i will continue to write as long as i have time before getting busy..salam..

Sunday, January 11, 2009

Dengan izin tuhan..


SMK Serdang Selangor..

semoga kalian mendoakan kejayaanku..

by TemplatesForYou-TFY
SoSuechtig, Burajiru
Distributed by Free Blogger Templates