HONDA STREAM..
bangun pagi ni, bukak je mata...start fikir pasal sekolah..dah jadi rutin, memang mcm tu tiap kali bangun tido. Lepas makan fikir nak start buat preparation but, bende lain pulak yang buat, tengok amzng race asia..layan la sampai abis, still, fikir pasal sekolah. Buat ape pon skarang nih asyik fikir bende yg sama, terfikir jugak, agaknya mcam manerla all teacher-teacher yg dah senior tu lalui hidup diorang dengan tenang yer....
bukak blog kakak, die rajin komen dalam blog ni, so kene fairla..ade citer yang menarik, pasal adik beradik yang lain and their journey mase cuti raya cina ri tu, so far, ok and happy to hear about them, ade yg baru beli kereta, ade yang dah jadi kurus..and so on..tapi,(for kyang..pembetulan, i have no intentions to buy a new car at the moment...not even Honda..!) :) ape pon thanks for wishing..
sambung lain kalilaa..
Wednesday, January 28, 2009
blues pagi..
Posted by kehidupan yang bakal cikgu lalui.. at 6:35 PM 3 comments
Sunday, January 25, 2009
SMK SS Selangor..2
Sekolah sekarang cuti seminggu tahun baru cina...rehatla sket. Sebelum cuti dah diberi tugasan, kami guru baru dah diberi jadual masing2..rasa lega dan tension, kurang konfiden, pasal kene ajar tingkatan Exam, Sejarah form 3 dan ICT form 5. Risau, totally risau...tapi ade member bagitau, "all should be ok"....lega sketla walaupun kekadang tarik nafas asyik rasa berat je..tau jerla, bende yang tak bape biase, mmgla rasa kekok, just wish all my student cooperate dan cepat faham. Hari jumaat lepas kelam kabut sketla, turun naik cari kelas, cari guru SPBT utk amek buku teks, cari meja kosong utk tempat sendiri dalam bilik guru. Tu pun satu hal jugak, kene sesuaikan diri dengan cikgu2 yang berdekatan dgn meja, tapi harap sume pon okla...pasal yang duduk sebelah tu cikgu sesi petang. Other than that, student ngadu dah ade homework ICT, project individu "TOOLBOOK"....laa...hm, rase mcm penah dgr...tapi...macam kene belajar lagi jek.........hai..ntahla, hopefully sumernyer lancar..Kelab pulak saya kene let go kelab senirama, pasal ditugaskan sebagai guru kelab komputer, dah pening balik coz fikir pasal aktiviti ape yang nak kene buat...
pada sesiapa yang kongsi kisah saya, plz doakan kejayaan saya for next coming weeks..thanks..
Posted by kehidupan yang bakal cikgu lalui.. at 9:03 PM 1 comments
Sunday, January 18, 2009
SMK SS Selangor..kisah 1.
salam semua..
nak cerita sikit..Isnin lepas daftar diri sebagai guru tetap di sekolah men. keb. seri serdang. Berdebar gak biler bersuai kenal dengan guru-guru senior dan pihak management sekolah, boleh kata 80% kakitangan sekolah melayu..dan rasenyer semua kakitangan sekolah baik-baik belaka...kami( yang baru daftar) bertiga, seronok berkawan ngan 2orang cikgu baru ni, sporting dan caring, kalau ade yang tak complete dirang completekan, dan kami saling bantu-membantu, (maklumla baru) kenela bergantung satu sama lain. Selasa sampai sabtu(ganti raya cina) kitorang bantu kerja-kerja pengurusan, utk biasakan diri dengan "persekitaran" sekolah, sambil tu gantikan guru yang tak dapat hadir ke kelas2 tertentu. Takde perasaan ape2 pon melainkan letih lebih sket, lebih lagi masa pantau jualan koperasi (student punyerla ramai) sampai tiga peringkat rehat...
memang respect giler dekat guru dan student yang involve dalam koperasi nih.
Sekolah nih ramainyer student die...sesi pagi dan petang, cume mungkin pagi lebih sketla letihnyerr. Selasa tu kami didatangi guru Ko-K yang mtk kerjasama salah sorang kami utk jadi guru Unit Pengakap, dan sorang antara kami tu jugak minat (nasib baik ade yang minat coz kalu ikotkan hati mmg xminat lansung..hehe) ditambah lagi kalau mase sekolah2 dulu guru tu sendri mmg xder mase utk diri sendiri..Rabu pulak salah sorang kami "join" Kelab Pingpong, (awal2 tahun ni mmg busy rupenyer sekolah nih).
So, dua orang "member" ni dah pon "menjoin"kan diri..next, giliran saya pulak, jumaat pagi tu PK minta "join" satu kelab yang akan buat perjumpaan, bilangan ahlinya agak ramai.....so, tanyalah dekat PK tu apa ye kelabnya?? Kelab SENIRAMA....... Senirama???? ape tu?? tak pernah dengar...dan pendekkan cerita jumaat ptg joinla kelab nih, rupenyer kelab ni kelab tarian dan lakonan, aderla kene mengena ngan seni2 ni..well.....i dancing lah nampaknyer lepas nih......... tapi xper, kalau nak jadi guru pantau jer dan mengurus boleyla, tapi kalau nak jadi jurulatih tu xderla.
Macam2 mintaknyer student2 kelab nih, mintak competition nyanyianla, lakonan la, tarianla, melayu klasikla..mcm2 lagi, kecut perot cikgu die yang dgr nyer....
so itulah kisah setakat ni,still wish to be success..insyallah i will continue to write as long as i have time before getting busy..salam..
Posted by kehidupan yang bakal cikgu lalui.. at 7:11 AM 2 comments
Sunday, January 11, 2009
Dengan izin tuhan..
SMK Serdang Selangor..
semoga kalian mendoakan kejayaanku..
Posted by kehidupan yang bakal cikgu lalui.. at 12:15 AM 2 comments
Tuesday, December 30, 2008
selamat berhijrah..1429H ke 1430H/ 2008 ke 2009..
Dah masuk hari ke-3 kita dalam tahun baru islam..malam ni pulak menjelangnya tahun baru dunia...2009..xsedar pun dah habis tahun nie, tahun yang banyak bawa perubahan tentunya pada sesiapa pon, coz setiap kali nak masuk tahun baru kita mula akan terasa "sentimental value", terkenang kembali apa yang sudah jadi dan apa yang sepatutnya berlaku..itulah kita manusia, selalu tak dapat menghargai sesuatu dan sedar akan kehilangan sesuatu itu bila dah tiada..........ape pon, hidup mesti diteruskan. Kalau kita asyik pandang belakang ape pon xkan jadi. Jom kita mulakan lagi sekali azam yang tak tertunai, mulakan balik persahabatan yang dah jauh, mulakan ibadah yang tertangguh, dekatkan hubungan yang belom dekat dan etc..biarlah kita lebihkan perayaan tahun baru islam kita iaitu tahun 1430 Hijrah dengan ibadah yang tak pernah kita buat atau yang masih tertangguh (pesanan untuk diri sendiri jugak ni..)....dan janganlah pulak kita berlebih menyambut tahun 2009 dengan mercun, pesta dan sebagainya..
sesungguhnya, renungkan..
......Bersabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam : Barangsiapa yang menyerupai satu satu kaum, maka ia telah menjadi golongan mereka”. HR Ahmad, Abu Daud dan at Tabrani.
Dari haits di atas telah jelas bahwa umat Islam tidak boleh berprilaku sama atau menyerupai dengan kaum lain seperti halnya merayakan tahun baru masehi.
Dengan mengetahui sejarah di atas, maka selaku umat Islam seharusnya kita dapat berbuat dan bertindak dengan cermat untuk memaknai pergantian tahun. Terutama tahun baru Islam...YANG KE-1430..dan selamat tahun baru yang ke-2009..
Posted by kehidupan yang bakal cikgu lalui.. at 11:16 PM 0 comments
Wednesday, December 24, 2008
Sepetang..
So no one told you life was gonna be this way
Your job's a joke, you're broke, you love life's D.O.A,
It's like you're always stuck in second gear,
when it hasn't been your day your week your month, or even your year,
But, ill be there for you, (when the rain starts to fall)
ill be there for you, (like ive been there before)
ill be there for you,
Cos you're there for me too. - friends-
Posted by kehidupan yang bakal cikgu lalui.. at 12:43 AM 0 comments
Tuesday, December 23, 2008
Beli online ke? Confident?
Salam sejahtera ..
Siapa di sini yang pernah membeli barang secara online? Dan siapa di sini yang tidak pernah membeli barang secara online? Angkat tangan saya ingin kira
Dari pengalaman, saya pernah membeli telefon bimbit dan e-book menggunakan internet iaitu secara online. Prosesnya memang cepat dan mudah.
Tetapi awas, pastikan anda mengetahui secara lanjut produk yang ingin dibeli agar tidak mudah tertipu. Dunia internet sama juga halnya dengan dunia nyata. Kebanyakan barangan/produk hanyalah indah khabar dari rupa dan paling teruk kita ditipu oleh peniaga.
Kes penipuan melalui internet yang dilaporkan kepada Siber Malaysia (CyberSecurity Malaysia) tahun lalu (2007) meningkat 26 peratus kepada 364 kes berbanding 287 kes yang dicatatkan pada 2006. Rakyat Malaysia rasanya sudah lali dengan penipuan di Internet tetapi setiap masa ada sahaja yang tertipu. Kenapa ya??
Terdapat juga laman web yang menyediakan perkhidmatan menjual barang yang sah dan selamat. Lelong.com.my dan eBay.com.my adalah antara contoh paling popular di Malaysia. Banyak barang dijual di sana, taip dan pilih sahaja yang mana berkenan di hati. Paling penting dalam pembelian online adalah barang yang dibeli sampai pada waktunya dan dalam keadaan seperti yang dijanjikan. Jangan beli handphone baru dapat second hand. Menangis saya kalau macam tu
Apa tindakan anda jika anda tidak menerima barangan yang dibeli. Ini cadangan saya:
- Hubungi penjual dengan segera dan maklumkan perkara tersebut sama ada telefon, SMS, email dan sebagainya.
- Jika anda rasa telah ditipu laporkan kepada pihak berkuasa.
Ada cadangan lain??
sumber bacaan: www.sim.org.my
Posted by kehidupan yang bakal cikgu lalui.. at 11:01 PM 1 comments

