Saturday, October 25, 2008
Wednesday, October 22, 2008
Layan jap..
M.Nasir and Abiet G. Ade. Deep stuff, poetry, folk and culture... Here's Srikandi Cintaku... Enjoy. :)
Dingin malam tirai kenanganku
(The nightly mist veils my memories)
Menyerlahkan sekurun ingatan
(Uncovering a decade of recollection)
Tercsiptalah rimba kehidupan
(Now it begins, the forest of my life)
Percintaan dalam perjuangan
(Of love in war)
Kesetiaan sebagai bekalan
(Loyalty is my only treasure)
Bisikan penuh pengharapan
(Whispers in my heart full of hope)
Tiada garis dapat memisahkan
(Nothing could ever seperate us)
Segalanya kudratMu Tuhan
(All is Fate from You, My Lord)
Alam bagai mengerti
(As if Nature knew)
Segala yang terjadi
(Everything that has happened)
Embun menitis panas simpati
(The morning dew cries of sympathy)
Pertemuan tiada awal akhir
(Of a love that has no begining and no end)
Perutusan berdarah ku terima
(When I received of the bloody telegram)
Gugur kuntum di tengah halaman
(A flower whither in my garden)
Medan ini kurasakan sepi
(A sudden emptiness in my lawn)
Terpaku pilu
(Cold in despair)
Ku semaikan pepohon kemboja
(I then plant a beautiful 'kemboja') (kemboja is a white flower associated with death)
Yang bunganya adalah hati ku
(It's flowers are the rythm of my heart)
Semadilah dalam kedamaian
(Rest in Peace, my love)
Semangatku tetap bersamamu
(My spirit lies with you)
Kan kuusung oh! jenazah cinta
(Now I bury my white shrouded lover) (When Muslims die, we shroud the bodies in white cloth)
Semadikan nisan kasih suci
(A tombstone seals my love)
Semangatmu tetap bersamaku
(Your spirit lies with me)
Selama pasti
(Forever, surely)
Debu malam meragut kenangan
(The mist of the night snatches away my memories)
Menyedarkan dari lamunanku
(Awakens me from my reminescene)
Percintaan dalam perjuangan
(Of a love in war)
Kau abadi Srikandi Cintaku
(You are forever my Warrior Lover)
bisikan:lagu itu juga sebahagian dari perkara yang menenangkan jiwa..
Posted by kehidupan yang bakal cikgu lalui.. at 7:55 AM 0 comments
Tuesday, October 21, 2008
Petua..
nak cantikkan kulit tak?
kulit telur jangan dibuang, banyak khasiatnya...basuh bersih dan keringkan, lepas tu buang selaput putih dari kulit telur tu dan kemudian tumbuk hancur betul...ha lepas tu dah jadi bedak sapu dekat muka...insyallah kulit akan tambah licin dan berseri..selamat mencuba! :)
bisikan: orang kate air sembahyang pun bole serikan muka..
Posted by kehidupan yang bakal cikgu lalui.. at 11:07 PM 0 comments
Saturday, October 18, 2008
Bercakap benar..
Dalam rumah tangga, kebenaran atau bercakap benar penting untuk kerukunan, keselamatan dan kebahagiaan rumah tangga. Bapa atau ketua keluarga perlu sentiasa cuba mengamalkan bercakap benar kepada ahli keluarga.
Jika anda berbohong, lambat laun pembohongan itu akan diketahui isteri atau anak. Sudah tentu sukar untuk mendapat kepercayaan yang penuh dan sukar memimpin rumah tangga ke arah kebahagiaan.
Ada pepatah mengatakan, “Bercakap benarlah kamu, walaupun benar itu pahit, kerana kepahitan itu adalah penawar yang mujarab.” Pepatah dan kata-kata itu membawa seribu pengertian kepada mereka yang bercakap benar.
Bayangkan jika anda berbohong kepada ahli keluarga, tiba-tiba pembohongan itu terbongkar dan ahli keluarga mendapat tahu anda tidak bercakap benar. Secara jelas, anda tidak mendapat kepercayaan lagi daripada ahli keluarga.
Beberapa tokoh Islam sedunia memberikan pelbagai pendapat mengenai sikap tidak bercakap benar dalam kehidupan dan keluarga.
Ibnu Mas’ud berkata: “Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta ialah buta hati, sebesar-besar dosa ialah berdusta, sejelek-jelek usaha ialah memungut riba.”
Jaafar as-Sodiq pernah berkata: “Janganlah engkau bertemu dengan manusia ini: pendusta; engkau akan berada dalam penipuannya. Dia seumpama cahaya panas terasa dekat kepadamu, tetapi jauh.”
Saidina Abu Bakar as-Siddiq berkata: “Orang yang cerdas ialah orang yang takwa. Orang yang dungu ialah orang derhaka. Orang yang dusta ialah orang yang khianat. Orang yang benar ialah orang yang dapat dipercayai.”
Berpandukan nasihat tokoh Islam ini bercakap benar penting dalam kehidupan seharian terutama dalam rumah tangga untuk mendidik anak selain menjaga kerukunan rumah tangga. Contohnya, jika ingin keluar rumah anda mesti memberitahu isteri dan anak ke mana dan tujuan anda keluar rumah.
Jika anda bercakap benar, isteri tidak berasa risau atau khuatir. Isteri juga dapat menghubungi anda di mana saja jika berlaku kecemasan. Bayangkan jika anda bercakap bohong, Sudah tentu anda tidak dapat dihubungi dengan cepat. Ini juga boleh menyusahkan orang lain untuk menghubungi atau mencari anda.
Sebagai isteri atau pemimpin kedua terpenting dalam rumah tangga, juga penting untuk bercakap benar. Anak akan cepat meniru jika ibunya berbohong. Ibu adalah teladan paling rapat kepada anak. Oleh itu, ibu mestilah selalu bercakap benar kepada anak dan suami.
Bercakap benar adalah jalinan kasih yang menghubungkan kemesraan antara ahli keluarga dalam rumah tangga. Suami dan isteri, kedua-duanya berfungsi untuk saling bantu membantu dan tegur-menegur.
Ini bermakna, isteri wajib patuh dan taat kepada suami tanpa berbelah bagi. Bagaimanapun, jika suami menyuruh perkara yang tidak baik dan mungkar, isteri tidak seharusnya menurut perintah suami.
Suami dan isteri juga mestilah sering bercakap benar. Pembohongan antara satu sama lain akan menghancurkan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang.
Antara adab pergaulan sesama manusia dan antara suami isteri ialah bercakap dengan teratur supaya orang yang mendengar percakapan faham maksudnya, selain daripada bercakap benar.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Daripada Ibnu Mas’ud, Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu membawa kepada mereka. Seseorang yang sentiasa berdusta akan dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang pendusta.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Ibu bapa jangan sekali-kali bercakap bohong kepada anak kerana kanak-kanak cenderung meniru tingkah laku orang dewasa terutama ibu bapa mereka. Jika anda merasakan anak tidak pernah menipu, bolehkah anda uji sikap anda sendiri tanpa mengira sekecil manapun keadaan yang memaksa anda berbohong.
Pernahkah anda menulis surat kepada guru sekolah anak memberi alasan yang tidak benar mengenai ketidakhadiran anak ke sekolah? Jika pernah, anda sudah berbohong dan sekali gus mengajar anak tidak bercakap benar.
Pernahkah anda memberitahu jiran bahawa anda tidak tahu siapa yang memecahkan pasu bunganya sedangkan yang melakukan perbuatan itu adalah anak anda sendiri. Jika pernah, anda sudah melakukan pembohongan yang diketahui anak dan tidak mustahil mereka akan mengikutnya.
Keadaan seumpama itulah yang menjadi ikutan tidak baik kepada anak terutama bagi mereka yang berumur 12 tahun ke bawah. Jika keadaan seumpama itu berterusan, lambat laun anak akan terpengaruh dan mula berbohong. Akhirnya penyakit itu akan merebak dalam keluarga.
Kanak-kanak biasanya tidak pandai berbohong. Tanyalah kanak-kanak apa yang dimakannya pada hari itu, mereka akan menjawab dengan terus terang. Pembohongan boleh menyebabkan kesan negatif dalam rumah tangga dan akhirnya menimbulkan masalah.
bisikan: Artikel ini dipetik dari http://intim.wordpress.com/2008/04/27/bercakap-benar-perkara-utama-elak-perselisihan-suami-isteri/Oleh Aminudin Mansor
Posted by kehidupan yang bakal cikgu lalui.. at 5:41 AM 0 comments
Masalah..
Zaman sekarang masalah utama kaum wanita adalah kegemukan. Peratusan diabetes lebih banyak dihidapi oleh kaum wanita, terutama yang mengandung. Apakah cara untuk kita atasi masalah ini? Bersenaman? Tahan makan? Semua tu susah untuk dilakukan, memanglah, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.....tapi kalau dah betul-betul xlarat nak buat macammane yer??? tu sebab lah ada wujud orang yang gemuk dari remaja hingga lah ke tua...kerana mereka betul-betul tak larat....sakit....dan sakit jiwa...hanya tuhan yang maha mengetahui...
bisikan: runsingnye bila bilangan baju yang dah tak muat bertambah..
Posted by kehidupan yang bakal cikgu lalui.. at 5:33 AM 0 comments
Fungsi asas Microsoft Excel
- Membuat tabel (table)
- Membuat grafik
- Pengiraan dan formula
- Membuat daftar gaji
- Laporan kewangan
Posted by kehidupan yang bakal cikgu lalui.. at 12:38 AM 0 comments
Tuhan maha mengetahui..

kawan cikgu baru jer SMS, keguguran...sesungguhnya, tuhan maha mengetahui akan setiap sesuatu yang berlaku..cikgu istighfar banyak-banyak sebab dalam perkara ni seorang ibu telah kecewa yang amat sangat dan seorang hamba Allah SWT telah kembali semula kepadaNya..."allahuakbar"..
bisikan: semoga tuhan mengampunkan setiap hambaNya..
Posted by kehidupan yang bakal cikgu lalui.. at 12:27 AM 0 comments

