Wednesday, December 17, 2008

Cabaran baru..Posting

Al-hamdulillah...syukur, gembira coz sket lagi dapat result posting, awal bulan 1. Takut pon ade jugak, coz akan bermulalah episod cabaran yang amat besar dalam hidup...sebagai seorang guru..ape pon, syukur, harap dapat dipostingkan dekat ngan rumah, dapat sekolah yang studentnya baik-baik, cikgu2nya baik-baik, pengetua yang baik, kerani2 yang baik-baik...aminn..

Tuesday, December 16, 2008

Anak buahku..




















comel..pandai.. "khalis damia"

Allah berfirman:...Aku melindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga
zuriat keturunannya daripada godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk
dan disingkirkan). (ali-'Imran: 36)

Guru oh guru..(bukan niat nak salahkan sesiapa)

Sekarang guru digelar pendidik, bukan lagi pengajar...erti pendidik dapat kita fahamkan sebagai tenaga pengajar yang merangkumi semua aspek...agama, ilmu pengetahuan, dan tidak kurang juga moral..kenapa cikgu sekarang sungguh banyak peranannya?

Dulu, guru disekolah ibu bapa kasi mereka rotan suruh rotan anak kalau dorang degil.
Harini, guru diberi surat saman oleh ibu bapa kalau anak dorang dijentik.

Dulu, bila anak ngadu dirumah akan salah laku mereka disekolah, mereka akan ditambah hukuman oleh ibu bapa mereka.
Harini, anak ngadu pada emak bapak dirumah, guru pula dipersalahkan kerana seharusnya tugas mereka diberi gaji utk mengawasi anak disekolah.

Dulu, murid murid dari belbagai latarbelakang boleh duduk dalam satu kelas, belajar, menyanyi, bercampur gaul tidak kira asal usul atau darjat.
Harini, murid2 yang sudah terbiasa diberi pendidikan pendahuluan pra sekolah(pre education montosori lah, bright child nursery lah), dah mula kekok belajar bersama dgn budak yg tak pernah tahu kenal huruf sehinggalah bila pertama kali mereka masuk darjah satu. Dah mula ada kasta2 dan kelompok2 tersendiri......Termasuk anak2 kelas"atasan" yg tak boleh jejak kaki kat atas tanah sebab dah terlalu diberi manja dirumah.......semua kemewahan. Pendek kata.....Maruah serta Disiplin anak2 tentunya bermula dari rumah. Dan ibu-bapa lah yg berkewajipan utk lay down the foundations for their own kids to be disciplined by them and no one else. Period.

Permasalahan harini ialah ibu bapa dok sibuk bekerja sehinggakan tanggungjawab mendidik itu seolah olah dilonggokkan keatas guru disekolah. Macamana lah disiplin murid2 harini tak berkecamuk..... dah lah disiplin anak2 tu tak senantiasa diawasi serta dipupuk dirumah dgn baik....guru disekolah pula senantiasa to take the wrath from masyarakat ibu bapa......macam mana murid2 harini tak besar kepala......

Ramai guru yang stress sebab...

1. kena datang awal sebelum pukul 7.15 pagi.
2. kena balik lambat
3. hari sabtu kena datang sekolah untuk aktiviti ko-ko yang ada kalanya hidup segan mati x mau dan yang paling sakitkan hati kena ganti guru yang buat PJJ...open-U.
4. kalau melawan markah prestasi pasti merudum sedangkan kita bercakap benar untuk pertahankan diri.
5. bila tegur kesilapan murid, guru kena maki hamun dengan ibu bapa.
6. silap haribulan kena saman dengan parent yang pandai sangat bela anak.
7. bila sekolah gila nama
8. bila GB atau Pengetua gila nak naik gred suruh guru2 buat itu ini untuk naikkan nama mereka.
9. bila pentadbir pilih kasih
10. bila susah nak dapat cuti rehat...anak/isteri/suami sakit kena amik MC pulak
11. bila kena buat keje2 kerani dan pekerja am sekolah seperti isi borang, daftar inventori perabot sekolah, sapu kelas, lap cermin ( haa yang ni guru sekolah rendah biasa kena buat)
12. kena bertugas kat sekolah masa cuti sekolah lebih2 lagi kalau orang tempatan yang tak sibuk nak balik kampung.... kata cuti, cuti ke tu?

Saidina Ali pernah berkata.."Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya". Sememangnya dari segi tanggungjawab, guru dahulu dengan sekarang tiada bezanya namun dari segi pedagogi banyak perubahannya seiring dengan kemajuan teknologi dan cara hidup. Sebagai guru. tanggungjawab untuk mendidik wajiblah dilaksanakan dengan penuh ikhlas, soal murid dapat terima atau tidak, semuanya bergantung pada kehendak Allah Taala. Yang penting kita sudah berusaha sedaya mungkin, berdoalah semoga dibukakan hati anak-anak murid agar mudah menerima apa yang diajar.

Wednesday, December 10, 2008

Visually Speaking..




































































Pagi yang hening; ingatan kepada diri sendiri..













Berapa ramai antara kita dapat istiqomah menjaga subuhnya di waktu pagi..

Monday, December 8, 2008

kembali menyendiri..

hidup tak semestinya sentiasa ceria, dan menjadi seperti mana yang kita mahukan..kebanyakan masa kita memaksa diri untuk menerima keadaan, memaksa diri untuk menerima hakikat. Persoalan yang paling penting yang mesti wujud dalam fikiran kita adalah bagaimana kita boleh menyesuaikan diri dengan keadaan dan hakikat. Apakah erti sebenar sikap?

sikap...sikap...sikap..cuba kita sebutkan banyak kali....apa ye?

Thursday, December 4, 2008

Stop..


Sometimes we need to stop analyzing the past...stop planning the future...stop trying to figure out precisely how we feel...stop deciding with our mind what we want our heart to feel...sometimes we just have to go with..."whatever happens-happens.."

by TemplatesForYou-TFY
SoSuechtig, Burajiru
Distributed by Free Blogger Templates