Wednesday, March 17, 2010

naqib pujuk abah...


abah dia dukung kiri kanan pun dia jerit...dapat kat umi senyap...merajuk terus abah..umi pakaikan selimut terus die senyum kat abah, gelak besar abah dia...















dah runsing...
















macam nak pegi umrah..


















laaaagii runsing..

Tuesday, February 16, 2010

my new face...(ummi zafran naqib rayyan)

lagi gambar naqib rayyan..

selepas cukur..


















sebelum cukur..


















tido dalam kereta..



video naqib tido..

Sunday, January 17, 2010

video naqib 2

video naqib 1

Friday, January 15, 2010

Salam..semua..

dah lame x update blog..sekarang baru ade kelapangan..

Tarikh bersalin pada 30-10-09..nama anak Zafran Naqib Rayyan..selamat dilahirkan pada pukul 9.50 malam. Masuk wad awal di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, tunggu sampai dua hari baru semuanya selamat..

Lepas tu berpantang di perak..2 bulan berikutnya..


inilah zafran naqib rayyan (panggilan manja naqib) mase umur dia dua hari..ade rupa ummi dia tak???












naqib sekarang dah umur 2 bulan 60 hari..kalu dapat tidur, bunyi ape pun dia xlayan..ade rupe ummi die tak???






















naqib suke kalu ditimang atau bagi die berdiri..nak cepat besor la tu..berat sekarang dah 4.8 kg. Ade rupe ummi die tak???

Monday, September 7, 2009

MAKANAN KITA..

Salam..
Dari sorang kawan ke sorang kawan, adala terdengar mengenai suatu isu di bulan puasa ni..bolehlah kiranya kita jadikan iktibar..
ceritanya begini..
"Terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang."
"Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL."
"Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut."
"Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.Selain daripada Arak, ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini."
"Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh. Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya...."
"Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan. Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal. "

"Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar."
"Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalaman daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita."
Sekiranya ada sesaper yang tau tentang Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua...dapat pahala selain mendapat kebaikan bersama...tiada yang lain yang dapat menyelamatkan agama kita selain dari kita ISLAM sendiri.. wallahualam..

Wassalam...

Thursday, August 27, 2009

Batal Puasa? (jom bace kalu bosan..)

Mengingatkan mana yang lupa atau buat2 lupa dlm bulan ramadhan nie. Antara perkara yang membatalkan puasa:

1. Makan dan Minum Dengan Sengaja

Allah Subhabahu wa Ta’ala berfirman:

“Dan makan serta minumlah sehingga terang bagimu benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga (datangnya) malam.” (al-Baqarah, 2: 187)

Dengan demikian, dapat difahami bahawa puasa itu adalah menahan diri dari makan dan minum. Ini kerana sekiranya orang berpuasa sengaja makan dan minum bererti ia telah berbuka (tidak berpuasa). Jika orang yang sedang berpuasa melakukannya atas sebab lupa, salah atau dipaksa, maka ianya tidak membatalkan puasanya. Perkara ini adalah berdasarkan dalil-dalil sebagaimana berikut:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Jika seseorang itu terlupa sehingga dia makan dan minum, hendaklah dia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/135) dan Muslim (1155))

“Sesungguhnya Allah memberi maaf kepada umatku kerana salah atau lupa dan kerana dipaksa.” (Hadis Riwayat at-Thahawi di dalam Syarhu Ma’anil Atsar (2/56), al-Hakim (2/198) Ibnu Hazm di dalam al-Ihkam (5/149) ad-Daruquthni (4/171) melalui dua jalan dari al-Auza’i, dari ‘Atha’ bin Abi Rabah, dari Ubaid bin ‘Umair, dari Ibnu ‘Abbas)


2. Muntah Dengan Sengaja

Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa atau tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk meng-qadha puasanya, dan barangsiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqadhakan puasanya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud (3/310), at-Tirmidzi (3/79), Ibnu Majah (1/536) Ahmad (2/498) melalui jalan Hisyam bin Hassan, dari Muhammad bin Siren, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Sanadnya sahih, sebagaimana yang disampaikan oleh Syaikhul Islam di dalam kitab Haqiiqatush Shiyaam, m/s. 14))



3. Haidh dan Nifas

Jika seseorang wanita haidh atau nifas, pada suatu bahagian siang tertentu (di bulan Ramadhan), sama ada di awal atau pun di akhir waktu, maka mereka harus berbuka dan mengqadhakannya. Jika mereka tetap berpuasa, maka puasa tidaklah sah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Bukankah jika haid dia tidak solat dan puasa?” Kami katakan, “Ya.” Beliau berkata, “Demikianlah kekurangan agamanya.”

Dalam riwayat lain disebutkan:

“Beberapa malam dia diam tidak mengerjakan solat dan tidak juga berpuasa pada bulan Ramadhan. Jadi, inilah kekurangan agamanya.” (Hadis Riwayat Muslim (79) dan (80) dari Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

Perintah mengqadhakan puasa juga terdapat di dalam riwayat Mu’adzah, dia berkata:

“Aku pernah bertanya kepada ‘Aisyah, “Mengapa orang haid mengqadha puasa tetapi tidak meng-qadha solat?” ‘Aisyah berkata, “Apakah engkau wanita Haruri” (Haruri dinisbahkan kepada Harura’ (iaitu) negeri yang jaraknya 2 batu dari Kufah. Mereka yang memiliki sikap membantah dinisbahkan kepada kelompok tersebut (kelompok khawarij)) Aku menjawab, “Aku bukan Haruri, tetapi hanya (sekadar) bertanya.” ‘Aisyah berkata, “Kami pun haid ketika puasa, tetapi kami hanya diperintahkan untuk mengqadha puasa, tidak diperintahkan untuk mengqadha solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/429) dan Muslim (335))


4. Suntikan Yang Mengandung Makanan

Iaitu menyalurkan zat makanan ke perut dengan maksud memberi makanan bagi orang yang sakit. Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan makanan kepada orang yang sedang berpuasa. Adapun jika suntikan tersebut tidak sampai kepada perut tetapi hanya ke darah, maka inipun juga membatalkan puasa, kerana kandungan cecair tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan makanan dan minuman.

Kebanyakan orang yang pengsan dalam jangka waktu yang lama diberikan makanan dengan cara seperti ini, seperti jauluz (glukosa) dan salayin (garam/Sodium), demikian pula zat-zat yang diberikan kepada sebahagian orang-orang yang sakit asma, maka inipun membatalkan puasa.


5. Jima’ (Bersetubuh)

Imam asy-Syaukani berkata (Dararil Mudhiyyah (2/22)): “Jima’ dengan sengaja, tidak ada ikhtilaf (perbezaan pendapat) padanya bahawa perkara tersebut membatalkan puasa, adapun jika jima’ tersebut terjadi kerana lupa, maka sebagian ulama menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum dengan tidak sengaja.”

Ibnul Qayyim berkata (Zaadul Ma’ad (2/66)), “al-Qur-an menunjukkan bahawa jima’ membatalkan puasa sebagaimana halnya makan dan minum, tidak ada perbezaan pendapat dalam perkara ini.”

Dalilnya adalah firman Allah:

“Sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untuk kalian.” (al-Baqarah, 2: 187)

Diizinkan bergaul (dengan isterinya) di malam hari, maka dapat kita fahami bahawa puasa itu dari makan, minum dan jima’. Barangsiapa yang membatalkan puasanya dengan jima’, maka dia harus mengqadhanya dan membayar kafarat. Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, (dia berkata):

“Pernah datang seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kemudian berkata, “Ya Rasulullah, binasalah aku!” Rasulullah bertanya, “Apakah yang membuatmu binasa?” Orang itu menjawab, “Aku menjima’i isteriku di bulan Ramadhan.” Rasulullah bersabda, “Apakah kamu mampu memerdekakan seorang budak?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Apakah engkau mampu memberi makan enam puluh orang miskin?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Duduklah.” Dia pun duduk. Kemudian ada yang mengirimkan (membawakan) satu wadah kurma kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Rasulullah bersabda, “Bersedekahlah dengan kurma ini.” Orang itu berkata “Tidak ada di antara dua kampung ini keluarga yang lebih miskin dari kami.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun tertawa hingga terlihat gigi serinya, lalu beliau bersabda, “Ambillah, berilah makan kepada keluargamu.” (Hadis sahih dengan berbagai lafadz yang berbeza dari al-Bukhari (11/516), Muslim (1111), at-Tirmidzi (724), al-Baghawi (6/288), Abu Dawud (2390) ad-Darimi (2/11), Ibnu majah (1671) Ibnu Abi Syaibah (2/183-184) Ibnu Khuzaimah (3/216) Ibnul Jarud (139) asy-Syafi’i (299) Malik (1/297) dan Abdur Razzaq (4/196). Sebahagian mereka memursalkannya dan sebahagian yang lainnya menyambungkannya. Lihat juga di dalam Fathul Bari oleh al-Hafiz Ibnu Hajar (11/516))


6. Gila walaupun sekejap

















7. Bersalin



















8. Mabuk atau pengsan sepanjang hari














Nota 1: Sumber: http://fiqhmedic.wordpress.com . http://fiqh-sunnah.blogspot.com. Info ramadhan Al-azim.com

Tuesday, August 25, 2009

Sembahyang Terawih

Fadhilat Sembahyang Terawih

Malam 1 :

keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 :

diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 :

berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 :

memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 :

Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 :

Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 :

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 :

Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 :

Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 :

Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 :

Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 :

Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 :

Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 :

datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 :

Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 :

Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 :

Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 :

Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 :

Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 :

Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 :

Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 :

Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 :

Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 :

Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 :

Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 :

Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 :

Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 :

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 :

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 :

Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.”

Sumber : nmjnh.wordpress.com

Sunday, August 23, 2009

salam ramadhan..

salam semua..

first sekali thank kiu coz tak pernah jemu 'bukak' blog nih..pastu, selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia, moga kita semua dirahmati Allah SWT hari ni dan akan datang..


lame xupdate citer coz busy..busy..busy..tired..tired..males..males..dan sebagainya..

aperpon, syok tengok korang sume update citer terbaru korang, ade yg takde blog pon dah ade dah, banyak gamba yg dionlinekan...sume tu la yg buat saya bersemangat nak kekalkan blog nih.. :)

anyway, bawah ni adela gambar terbaru kite ..kot-kot la ade yg rindu sangat nak tengok..

lain-lain cerita takde ape yg menarik, selain baby dalam perut makin kuat main (menendang)..dan jugak bakal umi(kitela tu) yang xpernah jemu
membulatkan badan.. ;) until next storey...daa-daa..

Tuesday, June 2, 2009

2nd Anniversary..

tanggal 27 mei lepas kitorang celebrate ulangtahun perkahwinan kitorang yg ke-2..alhamdulillah..dah banyak yg kami tempuh setakat ni..tahun lepas sambut berdua..tahun ni spesel sket, pasal tambah lagi sorang..hehe.. kitorang pegi Hotel Saujana yang lebih kurang 40 minit dari rumah. Tempatnye okla...gelap sket kot sesuaila nak romantik-romantik..hehe..hubby yg pilih tpt kali ni..apepon..besh lagi tahun lepas.. adele sket gamba yg ditangkap utk view kekawan sekalian.. doakan perkahwinan kami ke akhir hayat dan bahagia selalu..




























Wednesday, May 13, 2009

hujan dan astro..

lame xberciter dalam blog..

selalu balik sekolah ade jer perkara yang nak dibuat@tido..@tgk tv..ntah kali ni pasal pe astro buat perangai.. (maklum hujan)..ade mood pulak nak update blog. Lagipon kan dah lame xhujan lebat...panas memanjang, tu yg rase sentimental sket..

kisah yg nak distorykan biase jer la..Sekarang ni tgh busy sebenarnyer persiapan peperiksaan tgh tahun, kene tgk blog unit sekolah pun salah satu sebab busy..pendek citer seme yang bekerja selagi belum tutup mate mmg busy..

dahla busy ngan keje, busy jugak mase balik dan pegi keje tu..kadang nyaris libas '
dak rempit' yang main masuk ikot dan je, kadang tu pulak bas/lori rase diorang bawak bende besar dah tak tau agaknyer macamner rase org yg bawak bende kecik, tapi xperla, masing-masing mungkin ade masalah sendiri.

Kucing 2 ekor kat lua tu tah ape citernyer..dulu kalau lik sekolah ade jugak bunyi2 manje..skarang senyap sunyi jer..hehe..mungkin tunjuk perasaan pasal lame berkurung dalam "penjara besi..".....ape nakbuat..hanya mampu melihat tunjuk perasaan mereka..

last but not least..baby dalam perut dah pun mencapai usia 16 minggu..seronoknyer menghitung hari, hubby hari-hari cakap ngan baby die, dah siap panggil name lagi..nak dimarah kang dah tua..biarlah..diri sendiri dah rase letih dan payah yang amat sgt bile banyak bergerak. Kulit jadi gatal2, tido xpernah cukup..makan cepat kenyang (nasib baikla)....yang paling teruk masak kat rumah pun dah kadang-kadang sgt, tak selera rasenyer makan masakan sendiri...kalau mintak hubby masak...hmm..okla..

takat ni jer kot..kalau ade panduan @nasihat tentang penjagaan diri bakal ibu boleyla kongsi..

layan la lagu kat bawah nie...sejuk sket hati..



Wednesday, April 1, 2009

lesu

empat lima hari ni lesu sungguh badan, berat naik lagi...pening kepala, workload pon makin banyak akan2 datang..sian gak tengok hubby lik keje kene ceduk nasik sendiri..gosok baju sendiri..kadang tu baju kite pon die gosokkan..

kalu ikot hati nak je mintak cuti tanpa gaji beberapa bulan..beberapa tahun ke...kan, sampai jemulah duk rumah.. :P boleh??

semalam dengar lagu ni mase drive gi keje..layan jer...




RUNAWAY TRAIN

Call you up in the middle of the night
Like a firefly without a light
You were there like a slow torch burning
I was a key that could use a little turning

So tired that I couldn't even sleep
So many secrets I couldn't keep
Promised myself I wouldn't weep
One more promise I couldn't keep

It seems no one can help me now
I'm in too deep
There's no way out
This time I have really led myself astray

CHORUS
Runaway train never going back
Wrong way on a one way track
Seems like I should be getting somewhere
Somehow I'm neither here no there

Can you help me remember how to smile
Make it somehow all seem worthwhile
How on earth did I get so jaded
Life's mystery seems so faded

I can go where no one else can go
I know what no one else knows
Here I am just drownin' in the rain
With a ticket for a runaway train

Everything is cut and dry
Day and night, earth and sky
Somehow I just don't believe it

CHORUS

Bought a ticket for a runaway train
Like a madman laughin' at the rain
Little out of touch, little insane
Just easier than dealing with the pain

Runaway train never comin' back
Runaway train tearin' up the track
Runaway train burnin' in my veins
Runaway but it always seems the same

Soul Asylum

Tuesday, March 24, 2009

SMKSS lepas cuti sekolah..

letihnyerla balik dari cuti sekolah..entah kenape lepas cuti panjang mesti rase camni..isnin sampai hari ni kalau naik tangga sekolah tu terhoyong hayang, sampai kat atas rase mcm dah sampai puncak gunung..

member kater "mungkin sebab ade isi kat dalam"..................

student pulak makin menjadi-jadi perangai malas diorang nih, nak marah dah besar, xmarah keje xbuat langsung..pelik student sekarang, cikgu punyerla baik pon xreti-reti nak hargai..

cikgu-cikgu senior pon tengok sian gedebuk-gedebak sane sini punyerla banyak keje pengetua kasik..yang tak besh tu dengan kiter-kiter sekali jadi gedebuk gedebak....nak pujuk diri cakap dalam hati "yerla..berat same dipikul.."

KONVO

Cuti sekolah seminggu ri tu pegi konvo DPLI kat UPSI, menarik..protokol..terlalu simple..
Yang menariknyer keluarga mertua pon datang celebrate..yang protokolnyer sampai tertidor
dengor ucapan sebelom amek dploma..yang simple nyer sijilnyer alahai...mcm kertas nipis jek...terase macam jerih payah bace buku tebal2 sampai naik "psiko" dulu tu xberbaloi..

tapi xperla...syukur..

nengokle gamba-gamba konvo nih.. yang paling bulat tu kiterla..


















Wednesday, March 11, 2009

Tag yang banyak soalan.

dear kyang..
...& jugak sesape yang view..


1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
maybe..

2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRY?
last 3 days..sakit dada pasal batuk..

3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
xsuke langsung..

4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAL?
all delicious foods..

5. DO YOU HAVE KIDS?
yes..hope so..soon..insyaallah..

6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
yes, i am so good..hehe

7. DO YOU USE SARCASM?
entah..maybe..

8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
of course..

9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?
maybe..

10. WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
don't have any..

11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
no..malas, selalunyer bukak terus..

12. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
ade coklat ngan vanila..

13. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
gigi kot..

14. RED OR PINK?
red..

15. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?
kuat makan..

16. WHO DO YOU MISS THE MOST?
kyang..used to be my housemate, bestpren, chit chat friend, fighting friend..always like to borak2 dan ngadu poblem..same goes to her (but now we're apart by area..and there's not much to share about..but i still care for you kyang ! :p)

my passed away grandmother..

17. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
if they like to answer questions...

18. WHAT COLOUR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
black, blue, dark brown for pants...black, brown, white or red for shoes..

19. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
nothing.. speaker tutup..runsing..

20. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?
i don't want to..

21. FAVOURITE SMELLS?
foods..

22. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
cikgu ila..die tanyer pasal blog..

23. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
not just like..care and love..

24. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
lumbe lari..bola keranjang..bola sepak

25. HAIR COLOUR?
hitam tapi ade perang sket..original..

26. EYE COLOUR
hitam dan putih kekuningan.

27. DO YOU WEAR CONTACTS?
belom lagi..

28 FAVOURITE FOOD?
don't know..all i like..

29. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
happyler..

30. LAST MOVIE YOU WATCHED?
ong bak 2..

31. WHAT COLOUR OF SHIRT ARE YOU WEARING?
grey..

32. SUMMER OR WINTER?
mane penah..

33. HUGS OR KISSES?
hugs..

34. FAVOURITE DESSERT?
all..

35. MOST LIKELY TO RESPOND?
hubby..

36. LEAST LIKELY TO RESPOND?
news..

37. WHAT BOOK ARE YOU READING?
buku sejarah..learn first before teach..

38. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
logo MU..hubby tampal..

39. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
diari AF, BVLY HLLS 90210, desperate housewives..

40. FAVOURITE SOUND(S)?
music..

41. ROLLING STONES OR BEATLES?
beatles...

42. WHERE IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
university..

43. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?
have..

44. WHERE WERE YOU BORN?
Sabah..

45. WHOSE ANSWERS ARE YOU LOOKING FORWARD TO GETTING BACK?
anyone who like to answer questions..

Saturday, March 7, 2009

3 Minggu yang penuh Cerita..

salam..

tengah bulan 2 lepas adalah satu penyeksaan..tah macamner terkena virus yang memilukan, selsema..selama hidup ni inilah penyakit yang paling dibenci, dan kali ni pulak sangatlah teruknya, perut rasa muak, hidup sumbat 24 jam, badan rasa seram sejuk...mandi pulak rasa macam air terkena terus urat dalam badan (sejuk tak ingat)...

bukan sehari, bukan 2 hari...seminggu dok macam tu..

lepas seminggu yang meyiksakan tu belom pon surut penyakit no.1, datang plak batuk teruk sampai bercakap pon xdengar suare (cakap ngan student kene tulis kat papan hitam atau kertas(xperla tu cakap ngan student, ni cakap ngan hubby pon kene tulis kat kertas..siksenyer..). Naper tah kali ni memang teruk sangat batuknyer, tambah plak ngan sakit dada pasal batuk kuat, dokto hospital kater "awak ni kene jangkitan kuman"...itu jer dan ubat pon ubat yang same ngan klinik bagi..

masuk minggu ketiga suare dah ade tapi selsema plak yang tak habis2..

semalam nak masuk minggu ke4...ade perkara yang membahagiakan berlaku..rupenyer ade hikmah disebalik semua tu..Tuhan mengetahui setiap sesuatu..kita sebagai hambaNya harus menerima setiap sesuatu yang berlaku dengan redha..

dah 2 hari asyik makan makanan masam, sakit dada rasa mencucuk-cucuk..hubby bawak gi klinik..sah mengandung tiga minggu..alhamdulillah..hubby punyerla happy sampai senyum dalam kerete xnampak dah telinge..

harap kalian mendoakan semoga semuanya berjalan lancar..

Saturday, February 14, 2009

LAGI AWARD..















award dari k'Jinah..thanks...

skang blom ade mase nak update blog...anyway, time kasih pada sume yang sudi lawat blog ni..




Friday, February 6, 2009

hidup tak selalunya indah..(kisah smk sri serdang 3)

baru hari ni ade mase update blog...sungguh tak sangka, kerjaya guru bukanlah sesuatu yang mudah...mudah telinga mendengar, namun, beratnyer bahu yang memikul..tuhan yang tahu..

Isnin baru aje ditugaskan sebagai pentaksir matapelajaran ICT, datang pulak panitia lain utk memberi tugas baru...pentaksir sejarah..belom sempat mulut nak menguap, badan nak mengeliat..

dah kene jadi ajk ICT sekolah..update web sekolah..

esoknyer pulak mesti jaga aktiviti kelab komputer sampai ptg...

more or worst, semalam...otomatik dinobatkan sbg guru ICT utk badan koperasi sekolah...mesti buat anything yang libatkan "graphic" utk tetamu yang bakal dtg sekolah next week..bunyik jek hebat, hasil blom tau lagi (dlm otak rase mcm "jammed")..hati plak asik rase susah aje..

soalnyer, hidup memanglah tidak selalunya begitu indah..kita sentiasa merungut, tidak pernah puas dengan apa yang ada...dulu masa cuti panjang sibuk tak sabar nak kerja, sekarang dah ade kerja melebih-lebih pulak...ntahla...

bile ade anak esok akan ku khabarkan padanya supaya sentiasa bersyukur...coz..setiap perkara yang tuhan berikan kepada kita ada hikmah disebaliknya..al-hamdulillah..

Friday, January 30, 2009

Second TAG..

Dear kyang..

What were you doing 5 years ago?
Kerja di Celcom..sambil mengorat pakwe-pakwe kat sane..

What were the 5 things on your to do list today?
Buat kerja sekolah yang pending, pegi dating ngan hubby kat putrajaya, tengok cd citer korea,mandikan kucing, update blog..

What are the snacks that you enjoy?
chocolate, twisties, jeruk anggur basah, kentang goreng, mamee, mamee, mamee..mamee, blabla,blabla..

What are 5 things that you do if you were bilionaire
1) Bayar hutang bagi habis
2) Beli 4 buah rumah semi-d
3) Beli BMW 7-Series utk hubby
4) Shopping baju ngan kasut banyak-banyak
5) Lain-lain..

What 5 jobs you've had
Executive cabuk x4..pastu skang cikgu..

Who are 5 person you want to tag?
Jue, Abg..aku United, anak perak, adik pujangga, kakjinahdanish..

by TemplatesForYou-TFY
SoSuechtig, Burajiru
Distributed by Free Blogger Templates